Acara Akan Datang

Khidmat Pelanggan

1300 800 016

03-40233702

03-40234702

Isnin - Jumaat : 9.00 am - 6.00 pm

Sabtu                 : Melalui temujanji

Sertai Kami di Facebook!

ISO 9001:2008

Perancangan

Omeco walaupun masih lagi di usia yang muda dalam penglibatan ke arah dunia keusahawanan, namun ia mempunyai banyak lagi perancangan bagi memastikan produk halal dapat dihasilkan dan seterusnya dapat disalurkan kepada semua Muslim di pasaran Malaysia dan juga di negara-negara Islam khususnya di 56 negara-negara OIC.  Disamping itu juga Omeco berhasrat untuk membangunkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan bumiputra berjaya dalam bidang keusahawanan ini.

Produk halal yang sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan juga rakyat jelata, mencerminkan bahawa kita semua amat mementingkan kualiti, kebersihan dan kesihatan. Justeru itu Omeco melihat bahawa potensi projek halal ini akan memberi peluang cerah kepada Omeco untuk mencapai objektif, misi dan visi untuk jangka masa panjang. Pengeluaran dan pembekalan produk yang mencukupi dapat memastikan bahawa semua pengguna atau pelanggan boleh menerima produk halal ini dengan  mudah dan penuh yakin.

Omeco memandang jauh kehadapan.  Dengan penglibatan Omeco menghasilkan dan mengujudkan produk halal dan mementingkan kesihatan, maka secara langsung ianya dapat membangunkan tahap ekonomi negara.  Omeco begitu komited dalam membangunkan kredibiliti di dalam industri farmaseutikal herba traditional dan industri makanan ringan dan minuman serat di Malaysia.